Sunday, April 12, 2009

Lawatan Muhasabah Diri

Gambar atas: Gua Gunung Runtuh
Gambar bawa: Model Perak Man yang ditemui


Gambar atas: Dalam gua

Gambar bawah: Perjalanan ke gua


Pada 16-17 Mac yang lalu satu lawatan telah dilakukan ke Muzium Arkeologi Lenggong. Rombongan itu terdiri daripada beberapa pelajar dari Ipoh dan Kuala Kangsar. Muzium ini terkenal dengan Perak Man kerana rangka manusia purba ini telah ditemui di Gua Gunung Runtuh di Kampung Gelung, Lenggong. Kami telah dibawa oleh kakitangan muzium ke gua tersebut yang terletak lebih kurang 8 km dari muzium tersebut. Lawatan ini mendatangkan keinsafan kepada kita apabila teringat kepada ayat Allah daripada surah Muhammad ayat 10 yang bermaksud:Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka.

Tuesday, October 14, 2008

Debate of USA presidential - Google Search

Debate of USA presidential
MCCAIN: My reading of the threat from Iran is that if Iran acquires nuclear weapons, it is an existential threat to the State of Israel and to other countries in the region because the other countries in the region will feel compelling requirement to acquire nuclear weapons as well.- Google Search
OBAMA:Senator McCain is absolutely right, we cannot tolerate a nuclear Iran. It would be a game changer. Not only would it threaten Israel, a country that is our stalwart ally, .......

Saya ingin menarik perhatian saudara-saudara sekelian terhadap dua petikan di atas. Ia dipetik daripada debat pertama dalam siri debat untuk menghadapi pilihanraya presiden Amerika Syarikat 2008. Kalau anda memerhatikan dengan teliti kedua-dua mereka bersetuju bahawa Iran adalah ancaman besar kepada mereka. Kenapa?...kerana ia mengancam keamanan Israel. Apa yang kita boleh lihat di sini ialah Amerika bukanlah sebuah negara yang hebat sebenarnya yang patut digeruni tetapi sebaliknya Israellah sebenar-benarnya negara yang hebat walaupun negaranya tidak sebesar mana dan penduduknya tidak seramai mana. Ini sebenarnya telah disahkan oleh Henry Ford dalam bukunya The International Jew. Beliau mengatakan sesiapa sahaja yang ingin menjadi presiden Amerika mestilah menjanjikan sesuatu kepada Israel untutk mendapatkan sokongan mereka. Yang peliknya ialah bagaimanakah bilangan mereka yang kecil boleh mempengaruhi undi presiden Amerika Syarikat?
Satu perkara lain yang ingin saya sentuh di sini ialah sebagai umat Islam kita tidak ada pilihan melainkan mesti berdikari untuk bersaing dengan bangsa lain di dunia ini. Tidak ada negara maju di dunia yang berminat untuk membantu kita melainkan mereka melihat ada keuntungan yang besar sekiranya membuat kerjasama. Sebab itu negara-negara Arab mendapat kerjasama yang separuh penuh daripada Amerika kerana mereka memiliki minyak. Itupun hanya dalam bidang-bidang yang tertentu yang difikirkan tidak mengancam keselamatan mereka, tidak sepertimana hubungannya dengan India dalam bidang pembangunan nuklear.
Jadi saudara-saudara sekelian, kita patut sedar dan mula bertindak untuk membetulkan generasi muslim yang ada pada hari ini supaya kembali berada pada landasan yang betul dan mula bertindak untuk memajukan diri. Sekiranya langkah telah dimulakan, Insyaallah generasi akan datang boleh menyambungnya kerana jalan telahpun dirintis. Itulah usaha yang boleh kita buat walaupun sebenarnya ia akan mengambil masa yang panjang untuk sampai ke tahap yang telah sedia dimiliki oleh musuh-musuh Islam hari ini.

Monday, October 13, 2008

Ke arah mana generasi Melayu Islam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca dan peminat blog semua.
Pertama sekali tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada tuan-tuan sekelian. Dalam tempoh syawal yang masih berbaki ini elok rasanya bagi umat Islam untuk menjalankan ibadah sunat puasa 6 semoga cacat cela ramadan yang lalu dapat ditampung dengan ibadah sunat ini. Selain daripada itu diharapkan puasa sunat ini dapat mengukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Diharapkan dengan keimanan dan ketaqwaan itu dapat mengukuhkan lagi persaudaraan kita sesama Muslim dan semoga dengan ini dapat memperbetulkan umat Islam Melayu ini supaya kembali ke landasan yang betul.
Perkembangan semasa di dalam negara dan luar negara nampaknya tidak memihak kepada kita sama ada umat Islam mahupun sebagai bangsa Melayu. Selain daripada tekanan daripada pihak yang memusuhi Islam yang datang dari luar atau dalam, tekanan oleh orang yang mengaku Islam juga berlaku. Ini bukan sahaja memudahkan pihak luar menekan kita malah ia akan menjadi pemangkin kepda kehancuran bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia ini.
Sebagai pembuka tirai kepada blog saya ini, saya ingin melihat(berserta doa kepada Allah) agar saya dan kita boleh sama-sama menyumbangkan secebis idea dan sedikit kerja bagi menyusun strategi dan bertindak bagi memulihkan kegawatan ini. Tumpuan kita perlu diberikan untuk membina generasi muda yang bakal mewarisi perjuangan kita. Mereka perlu dibimbing dengan ilmu yang benar terutamanya yang berkaitan ketuhanan supaya mereka jelas kenapa manusia diciptakan dan ke mana mereka akan tuju. Semoga kefahaman-kefahaman sebegitu akan memungkinkan mereka "sedar diri" dan boleh bertindak sebelum keadaan menjadi lebih dahsyat.
Melalui blog ini saya akan cuba menyampaikan idea-idea yang wajar diketengahkan kepada golongan muda ini di samping perkara-perkara sampingan yang boleh menjadi bekal untuk kehidupan di dunia yang semakin mencabar. Saya akan bincangkan beberapa tajuk yang berkaitan "self improvement" khususnya dalam aspek skil seperti kemahiran berpidato, kemahiran membaca dan lain-lain bentuk motivasi yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita semua. Kita hanya boleh berusaha dan usaha kita itu yang akan dinilai oleh Allah. Serahkan hasilnya kepada Yang Maha Esa.
Sekian.